jkkkjelawai.blogspot.com

BLOG INI ADALAH BLOG RASMI JKKK JELAWAI . SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA-SAMA MENAMBAHKAN MAKLUMAT DALAM BLOG INI , SILA BERHUBUNG DENGAN PENGERUSI atau SETIAUSAHA JKKK JELAWAI .

Sunday, July 25, 2010

Jom Ganyang Aedes!!!!!!!

Program Jom Ganyang Aedes telah diadakan di kg jelawai,yang mane merupakan kawasan 'Panas Denggi' .kementerian kesihatan telah turun padang dan bersama penduduk jelawai dan kawasan berhampiran telah sekali lagi turun padang bersama bagi membersihkan kawasan taman ini.walaupun baru minggu lepas JKKK & KRT Jelawai mengadakan Gotong royong perdana,namun kehadiran kali ke-2 untuk pgrm yang serupa begitu menggalakkan.ternyata penduduk jelawai begitu prihatin tentang kesihatan diri sendiri dan juga masyarakat yang lain.terima kasih juga kepada pihak jabatan kesihatan yang menganjurkan pgrm tersebut.marilah sama-sama kita menjaga kebersihan kawasan rumah demi kesihatan dan bagi mengatasi penyakit yang semakin berleluasa tika ini.terima kasih.

bomba juga turut hadir sama ke pgrm Ganyang Aedes

juga diadakan pameran pada prgm tersebut 



YB Dato Kamil dan Datin juga sempat hadir

YB Dato memulakan simbolik pgrm Ganyang Aedes

Gotong Royong Perdana

JKKK & KRT Jelawai telah mengadakan Gotong-royong perdana bersama jabatan kerajaan dan NGO seperti Bomba,rela,Polis,majlis Daerah dan juga Belia..sambutan amat menggalakan.ramai yang hadir maklumlah dapat juga membersihkan kawasan rumah masing-masing,rumah jiran surau dan juga balairaya.selain daripada mengeratkan silaturrahim dapat juga menjaga kebersihan taman2 yang terdapat di kg jelawai.terima kasih kepada YB dato juga kepada semua yang terlibat menjayakan Gotong-royong tersebut.

YB Dato Kamil pun turut hadir ke Gotong-royong tersebut.TK YB Dato...

ramai yang dapat hamper..seronok gotong royong camni...best.....

nielah Peg perpaduan Tampin yang baru...En Syukri

PROGRAM CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Surau kg Jelawai telah mengadakan majlis sempena israk mikraj...syukur alhamdulillah..sambutan begitu menggalakkan...turut hadir ke majlis tersebut YB Dato Mohd Kamil,DUN Kawasan Gemencheh juga rakan2 tok ketua kampung berhampiran..ceramah ustaz begitu mengasyikkan para hadirin.

Tuesday, June 1, 2010

PERSIDANGAN AGUNG TAHUNAN UMNO CAWANGAN JELAWAI

Persidangan UMNO Cawangan  Jelawai yang diadakan pada 28 Mei 2010 ( Jumaat )  Jam 9.00mlm...telah dirasmikan oleh  YB Dato' Mohd Kamil Bin Abd Aziz ( Adun Kawasan Gemencheh )
Terima kasih  kepada semua yang hadir ...ucapan terima kasih juga di sampaikan kepada YB Dato' kerana seudi meluangkan masa  untuk merasmikan persidangan ini.


YB Dato' sedang memberi ucapan .. dan merasmikan persidangan

antara ahli-ahli yang  hadir


Ucapan oleh pemangku Ketua Cawangan. ( En Ghazali Bin  Arshad ) merangkap Pengerusi JKKK Kampung Jelawai


Berjumpa  di Pesidangan  tahun hadapan.

Wednesday, April 28, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT BERSAMA YAB DATO' SERI HJ MOHAMAD HASAN

Salam 1 Malaysia ..

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada  seluruh warga  Kampung Batang Rokan , khususnya J/K yang terlibat  didalam  Program Juara Rakyat Bersama YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hj Hasan   , MB kito lah.pada ari isnin yang lepas...Program tersebut berlangsung dengan meriah sekali.

Tahniah dan Syabas kepada YB Dato'Kamil dan  peneraju kampung batang rokan  ..tak lain tak bukan Tok Din  Piee lah..(ketua kampung )....sebagai rakan seperjuangan , saya juga rasa bangga dengan kunjungan hormat YAB DS kek Batang Rokan  tu... cemburu pulak raso eh....harap-harap adolah pulak kunjungan YAB DS kek Kampung Jelawai pulak lopih ni.Mana lah tau MB sudi turun kek jelawai pulak...kita tunggu padang Futsal siap ...leh dicadang kan jugak perasmian dibuek oleh Mb..yo tak?

                Sebahagian ketua-ketua sedang menunggu ketibaan YAB DS..
                    yang baju pink tu bukan ketua kampung ya...
            bersama  Tok Nal , Penghulu Moncheh ..apo lah yang sibuk bona Tok Jelawai  tu
                telepon eh tak lopih-lopih..sibuk  yo manjang ..MB nak datang tu tok..

                             ucapan oleh YB Dato' Kamil..
                                   ucapan oleh YAB DS...
                 YAB DS memang sporting...nak makan pun masih leh layan peminat..
                     eh.eh,,macam artis pulak

MB kita memang Juara...Hidup Tok Mat...

Friday, April 16, 2010

Mesyuarat JKKK Kali ke2

merancang aktiviti tahunan untuk membuat gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran kampung


ketua kampung sibuk mengaturkan program-program kampung melalui telefon bimbit sahaja bagi  mempastikan keadaan kampung, maju,menarik dan menguntungkan

Thursday, April 8, 2010

MESYUARAT JKKK KAMPUNG JELAWAI BIL 2/2010

Salam satu Malaysia

Di maklumkan  bahawa Mesyuarat JKKK Kampung Jelawai Bil 2/2010 akan diadakan pada 15/04/2010
( Hari Khamis) , Jam 3.00 ptg Di Balai Raya Kg Jelawai.

Di minta kepada semua AJK JKKK hadir bagi  memastikan  perjalanan mesyuarat  ini berjalan dengan lancar.

Sekian untuk makluman semua.